Ahad, 21 Ogos 2011

Siri Buddha Jepun: Kukai, Tokoh Pengasas Shingon

Gambaran wajah Kukai bentuk lukisan

Kukai 空海 atau nama lainnya 弘法大師 Kobo Daishi merupakan seorang sami Buddha Jepun, seorang pegawai kerajaan, penyair, sarjana, dan karyawan yang mengasaskan aliran 真言 shingon atau kata kebenaran di Jepun. Pengikut aliran shingon selalunya merujuk guru ini dengan gelaran kehormatnya iaitu お大師様 odaishi sama atau 遍照金剛 henjou kongou.

Kukai merupakan salah seorang ahli kaligrafi yang terkenal dan juga seorang jurutera. Antara banyak pencapaian yang dikaitkan dengannya adalah penciptaan abjad kana atau abjad suku kata yang digunakan sekali dengan tulisan Cina dalam penulisan bahasa Jepun. Dakwaan ini sebenarnya sudah tidak diambil kisah lagi dalam lingkungan sarjana walaupun menjadi kepercayaan umum.

Menurut tradisi, Iroha yang menggunakan setiap suku kata kana sekali sahaja itu merupakan salah satu puisi Jepun yang terkenal dikaitkan juga dengan Kukai. Kepercayaan ini tidak ada asasnya walaupun popular. Tulisan keagamaan Kukai ada sebanyak 50 karya itu menekankan tentang ajaran shingon. Tulisan yang utamanya ada diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Yoshito Hakeda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan