Selasa, 7 Januari 2014

Ojigi


Diketahui ramai lah bahawa adat Jepun お辞儀 ojigi atau menunduk rukuk semasa bertemu dalam pertemuan itu adalah kebiasaan mereka. Biasanya orang yang rendah kedudukannya akan usaha untuk tunduk dulu.

Untuk hormat rasmi, anda patut berdiri tegak dan menghadap orang yang dihormati itu. Ucapan biasanya seperti はじめまして hajimemashite yang bererti "selamat berkenalan" dikatakan semasa menunduk. Sebelum menunduk itu, pastikan kaki anda lurus dan tumit merapat. Tangan kepitkan ke sisi jari-jari rapat. Tunduk bongkok 45 darjah dan mata melihat ke kasut lawan tunduk anda. Kalau lelaki anda boleh tunduk dengan tangan kepit di sisi, sedangkan kalau perempuan anda boleh tunduk sambil kepit tangan di depan atau di paha. Tunduk hormat yang biasa adalah antara 15 sampai 25 darjah membongkok.

Ojigi ini bukan sahaja digunakan semasa perkenalan pertama kali. Sebaliknya boleh juga digunakan untuk menyatakan penghargaan dan meminta maaf. Yang ingin berurusan dengan pihak Jepun sama ada dalam urusan perniagaan atau sebarang urusan lain bolehlah mengambil perhatian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan