Terjemahan Northern Gate dari Buddha.Net, jangan copy! Sila hubungi Northern Gate untuk khidmat terjemahan dari bahasa Inggeris-bahasa Melayu atau sebaliknya. Harga boleh dirunding.
1. Ajaran Buddha Diperkenal di Jepun
Persembahan Bahan-Bahan Penganut Buddha dari Semenanjung Korea
Ajaran Buddha dianggap diperkenal di Jepun pada sekitar tahun 538 M apabila pemerintah Baekje, iaitu sebuah kerajaan di Semenanjung Korea, mempersembahkan rupa Buddha bersama dengan gulungan kitab suci dan peralatan keagamaan kepada maharaja Jepun, maharaja Kimmei. Pada masa itu, maharaja Kimmei memerintah Jepun dengan nasihat bangsawan istana. Pengenalan ajaran Buddha di Jepun menimbulkan kontroversi pula sama ada agama asing itu patut diterima di Tanah Jepun.
Puak Mononobe dan Nakatomi yang agak ortodoks sangat menentang agama baru ini dengan alasan bahawa Jepun sudah mempunyai agamanya tersendiri dan tradisi Shinto. Namun, puak Soga yang lebih berpengaruh memberikan sokongan kepada ajaran Buddha. Mereka percaya bahawa ia mempunyai banyak perkara yang mampu memperkaya kebudayaan orang Jepun. Maka akhirnya, walaupun ada pertelingkahan dalam kalangan kelompok bangsawan istana Jepun, maharaja menundakan perkara tersebut kepada puak Soga.
Kira-kira 40 tahun kemudian, Putera Mahkota Shotoku (574-621) dilantik menjadi pemangku kepada maharani Suiko. Ketika itu juga baginda mengisytiharkan bahawa ajaran Buddha menjadi agama resmi Jepun. Putera Shotoku merupakan seorang negarawan yang agung dan juga seorang penganut ajaran Buddha yang bakti dan alim. Baginda sangat percaya bahawa hanya dengan ajaran Buddha sahaja, negara Jepun mampu dipersatu dan ditakrifkan sebagai sebuah negara berbudaya.
Sokongan Putera Shotoku terhadap Ajaran Buddha
Dalam usaha menjalankan rencananya, putera Shotoku mengeluarkan perkara ke-17 dalam perlembagaan tahun 604 yang menekankan prinsip-prinsip Konfusius dan Ajaran Buddha. Perkara kedua dari perundangan ini berbunyi: "Kepatuhan bersangatan kepada Tiga Ratna". Putera Shotoku menekankan bahawa setiap orang mestilah memberi hormat kepada tiga ratna iaitu Buddha Guru, Dharmma dan Sangha. Ketiga-tiga ratna ini dianggap sebagai yang tertinggi dalam negara dan petunjuk yang benar.
Baginda juga mengarahkan kerajaan membangunkan kuil-kuil Buddha yang antara terkenalnya adalah Kuil Horyu Ji. Ia merupakan kuil yang dibangunkan dengan kayu-kayan dan berada di bekas ibu kota di Nara. Disebabkan perlindungan baginda dan ketaatan baginda terhadap ajaran Buddha, maka ajaran Buddha berkembang pesat di Tanah Jepun.
Manfaat Kebudayaan oleh Ajaran Buddha terhadap Jepun
Kemasukan ajaran Buddha ke Jepun dapat dilihat bermotifkan politik dan kebudayaan. Pihak istana ingin membangunkan satu sistem yang mana semua puak-puak yang wujud di Jepun akan dapat disatukan. Ajaran Buddha mempersembah kedua-dua manfaat akhlak dan kebijaksanaan yang tidak ada dalam agama Shinto masyarakat Jepun. Pembelajaran kebudayaan dan tatarakyat dari ajaran Buddha ini lah yang menarik pihak istana untuk menganutinya. Disebabkan Jepun masih belum mempunyai bahasa bertulis lagi pada ketika itu, semua kitab suci Buddha menggunakan tulisan dan bahasa Cina. Jadi, pada permulaannya, ajaran Buddha hanya eksklusif dianuti oleh kerabat diraja sahaja. Tetapi kemudiannya, sejarah ajaran Buddha di Jepun memaparkan bahawa terdapat proses penyebaran kebudayaan melalui ajaran Buddha dari pihak istana kepada pihak rakyat secara beransur-ansur melalui tangga kedudukan masyarakat.
2. Era Nara (710-784)
Sokongan Kebangsaan terhadap Ajaran Buddha
Selepas kemangkatan pemangku raja, putera Shotoku, ajaran Buddha terus berkembang dalam kalangan bangsawan istana, sami-sami Buddha dan karyawan. Kuil Buddha Negara, dipanggil sebagai kokubunji, dibina oleh maharaja Shomu di setiap wilayah, ibu pejabat kuil pula adalah di Kuil Todai Ji di Nara.
Kitab suci Buddha pula diperkenal dari empayar China. Ia dikaji tanpa banyak perubahan oleh sami-sami Buddha Jepun. Rupa Buddha dan alatan pemujaan pula diperbuat oleh karyawan Jepun, yang kini masih lagi kelihatan di kuil-kuil purba di Jepun.
Kuil Buddha pada zaman itu merupakan pusat perkembangan kebudayaan, bukan sahaja pusat pemujaan. Ia juga menjadi sekolah, pusat rawatan, pusat pengubatan, rumah anak yatim, rumah perlindungan pelarian dan rumah perlindungan orang-orang tua. Para sami Buddha pula bertindak sebagai guru, tabib, jurutera dan pembangun dalam projek-projek pembinaan. Makanya kerajaan Jepun menggalakkan dan menyokong institusi-institusi Buddha dan pihak sami Buddha secara rohaniah dan jasadiah supaya mereka bekerjasama dengan kerajaan dan rakyat dengan lebih berkesan.
Enam Aliran Buddha di Nara
Dengan peningkatan sami Buddha, wujudlah juga pengelasan aliran-aliran pemikiran Buddha di Jepun. Antaranya adalah:
1. Sanron
2. Hosso
3. Kegon
4. Ritsu
5. Kusha
6. Jojitsu
Semua aliran ini sebenarnya dibawa masuk dari empayar China dan dipelajari di pelbagai jenis kuil yang dibangunkan pihak kerajaan Jepun. Semua enam mazhab ini bukanlah mazhab yang tersendiri, sebaliknya wujud dalam satu kuil secara sebelah menyebelah seperti juga jabatan-jabatan dalam sebuah universiti. Mazhab-mazhab ini menyumbang kepada perkembangan pemikiran penganut Buddha terkemudian di Jepun.
3. Era Heian (794-1185)
Pengenalan Aliran Buddha Tendai
Pada 784, ibu kota Jepun berpindah dari Nara ke Kyoto. Kyoto kemudiannya berkembang menjadi pusat penyebaran ajaran Buddha di Jepun. Kemudian, dua aliran Buddha baru diperkenal dari empayar China, iaitu aliran Tendai (Padmasutra) dan Shingon (Mantrayana). Enam aliran awal yang tiba di Jepun sedikit demi sedikit dibayangi oleh dua aliran baru ini.
Tuk sami Saicho (767-822) telah mengembangkan aliran Tendai di Pergunungan Hiei dekat kota Kyoto dan cuba menggabungkan semua konsep falsafah yang sudah ada di Jepun dengan aliran tersebut. Semasa di empayar China, beliau belajar ajaran tinggi Buddha, Dhyana dan aliran Tanah Suci bersama dengan aliran Tendai. Beliau ada juga belajar Bonmokyo atau Brahmajala Sutra yang merupakan modifikasi ajaran dari cabang ajaran Buddha Theravada. Semasa ketibaannya di Jepun, beliau menolak pendirian semua aliran lain utamanya aliran Sanron dan aliran Hosso. Beliau menjelaskan doktrin Ekayana berdasarkan Sutra Saddharma Pundarika. Ia menekankan kepercayaan bahawa semua bentuk kehidupan itu berada pada dasar yang sama rata dalam mencapai pencerahan, jadi ajaran Buddha dapat didamaikan dengan agama Shinto sebaik mungkin.
Penubuhan Tapak untuk Pentahbisan Buddha Mahayana
Pada masa itu juga, sami-sami Buddha perlu menerima peraturan-peraturan Theravada yang masa itu disebut sebagai Hinayana sebagai tapak untuk ditahbiskan sebagai sami Buddha atau pun kaidan. Jika tidak, mereka tak akan diterima atau tak layak menjadi seorang sami Buddha.
Tuk sami Saicho tidak berpuas hati dengan peraturan ini, beliau mahu dilantik menerusi perundangan Mahayana yang dianggapnya lebih sesuai dengan sami-sami Buddha Jepun. Beberapa kalinya beliau cuba menghantar petisyen kepada maharaja Saga supaya membuka kaidan Mahayana di pergunungan Hiei dan hanya selepas kematian beliau sahaja permintaan tersebut dilayan oleh maharaja iaitu pada 822 M. Dari saat ini, aliran Tendai mula menjadi aliran bebas daripada pengaruh aliran-aliran lama di Jepun dan juga dari cengkaman peraturan-peraturan aliran Theravada.
Selepas kematian tuk sami Saicho, ada dua pemimpin hebat dalam aliran Tendai iaitu tuk sami Ennin (794-864) dan tuk sami Enchin (814) yang mempelajari kedua-dua falsafah aliran Tendai dan amalan-amalan upacara rohaniah Buddha di empayar kemaharajaan China. Sumbangan kedua-dua tuk sami ini agak besar juga apabila aliran Tendai di Jepun mampu memenuhi keinginan penyokongnya untuk upacara-upacara rohaniah.
Tuk sami Saicho, yang merupakan tuk guru yang membawa aliran Tendai ke Jepun pun tak mampu untuk memeluk ajaran-ajaran rohaniah Buddha secara lengkap. Dalam pada itu, pengganti-penggantinya lah yang menyelesaikan kerja-kerja terbengkalan tuk guru Saicho. Ajaran Buddha yang menerima semua orang diperkenal oleh tuk sami Saicho ini sedikit demi sedikit diperkaya oleh anak-anak muridnya yang setia.
Pengenalan kepada ajaran Buddha Mantrayana
Tuk sami Kukai (774-835) sezaman dengan tuk sami Saicho pun ada belajar aliran rohaniah Buddha di empayar China. Semasa kepulangan dia di Jepun, dia membangunkan aliran Mantrayana atau Shingon di Gunung Koya dan mengajarkan ajaran mistik Kesatuan dengan Buddha Vairocana berdasarkan kitab Mahavairocana Sutra atau Dainichi Kyo.
Tak seperti tuk sami Saicho, tuk sami Kukai menerima kesahihan peraturan Theravada dan tidak menafikannya. Beliau menerima kedua-dua amalan Theravada dan Mahayana dan mentafsirkannya menurut kepada ajaran rohaniah yang dianutinya. Beliau mengelaskan pemikiran Buddha kepada dua bahagian iaitu yang berbentuk rohaniah dalaman dan kulit luar dari segi amalan. Beliau mengatakan bahawa semua aliran Buddha lain selain daripada aliran Mantrayana adalah bersifat kulit sahaja, sebab diketahui ramai dan diajarkan oleh Buddha Sakyamuni.
Selain itu katanya, ada lagi ajaran Buddha berbentuk rohaniah dengan hakikat tersirat yang mesti disebarkan. Ia berada dalam alam semesta bagi yang mengetahui dan diketahui, dan mestilah sama dengan unsur Buddha Vairochana melalui amalan-amalan mistik membaca mantra dan mudra dalam usaha untuk berharmoni dengan alam semesta.
Tuk sami Kukai juga mengelaskan konsep-konsep sedia ada kepada 10 bahagian menurut kepada tahap kedalamannya:
1. Tak ada doktrin langsung.
2. Ajaran Konfusius dan Tao
3. Aliran Samkhya dan Vaiseshika
4. Aliran Kusha
5. Aliran Jojitsu
6. Aliran Hosso
7. Aliran Sanron
8. Aliran Tendai atau Padmasutra
9. Aliran Kegon
10. Aliran Shingon atau Mantrayana
Menurutnya, aliran Mantrayana merupakan aliran tertinggi dan bentuk sempurna agama Buddha, manakala aliran yang lain tak sempurna dan lebih rendah.
Pengaruh Padmasutra dan Mantrayana
Walau bagaimanapun, spekulasi falsafah Tendai dan juga amalan-amalan upacara Mantrayana hanya menarik minat bangsawan istana, sami-sami Buddha dan kelompok cendekiawan yang berasa letih belajar ajaran Buddha secara teori tapi tanpa sebarang amalan agama.
Sami-sami Buddha sama ada dari aliran Tendai atau Shingon, menjadi bebas dari enam aliran awal dan mempertahan diri mereka dari pengaruh kerajaan. Sebaik sahaja mereka mendapatkan keistimewaan sebagai para sami Buddha, mereka tinggal bersama di kuil-kuil utama dan menjadi kuasa ketiga yang bersama melawan kuasa maharaja dan lawannya.
Kehidupan kuil dipengaruhi oleh politik duniawi dan berlaku rasuah dalam kalangan sami Buddha di institusi pengajian ajaran Buddha. Disebabkan hal ini, orang awam mula berasa hilang keyakinan dan juga tertarik dengan kehidupan duniawi yang fana dan kehidupan menjadi kucar kacir.
4. Era Kamakura (1192-1333)
Perubahan dalam Era Ini

Ajaran Buddha hanya tersebar dalam kalangan kelompok atasan seperti bangsawan istana, cendekiawan dan karyawan yang mempunyai banyak masa untuk menguasai falsafah-falsafah rumit dan amalan ajaran Buddha. Semasa zaman Kamakura ini, satu perubahan mengejut berlaku dalam bidang agama. Ajaran Buddha pada pertama kalinya dianuti oleh orang ramai secara beramai-ramai.
Istana lama jatuh ke tangan kerajaan rejim tentera yang membawa kepada bermulanya zaman Kamakura. Keadaan kacau bilau dan tidak aman membawa kepada kesedaran orang ramai dan menyebabkan berlaku penghayatan semula kepada ajaran agama. Semasa zaman kacau bilau ini, muncul tuk sami-sami seperti Honen (1133-1212), Shinran (1173-1262), Eisai (1141-1215), Dogen (1200-1253), Nichiren (1222-1282) serta lain-lain pemimpin ajaran Buddha yang menerangkan ajaran agama mengenai keselamatan semua pihak.
Perkembangan Ajaran Buddha Popular
Dalam zaman ini, kelompok sami Buddha sentiasa berada bersama orang ramai, menolak kedudukan kelompok bangsawan yang sedia ada dan natijah teorinya. Sebelum ini, hanya kelompok elit sahaja yang menikmati kecantikan kesenian ajaran Buddha dan upacara yang diwakili oleh rupa-rupa menarik hati, lukisan-lukisan dan perkakasan pemujaan.
Tak puas hati dengan keadaan ini, pemimpin-peminpin Buddha cuba untuk menilai semula ajaran Buddha menerusi pengalaman derita yang mereka lalui. Kesimpulan mereka sampai kepada pendapat bahawa semua orang pun mempunyai sifat Buddha dan boleh mencapainya jadi mereka akan diselamatkan melalui belas kasihan Buddha jika mereka berkeyakinan tinggi kepadanya. Pemikiran baru ini adalah berdasarkan kepada doktrin Bodhisattva dari aliran Mahayana, yang dianuti juga oleh aliran Tendai. Ia mengajarkan bahawa setiap makhluk berperasaan mempunyai sifat Buddha dan mampu mencapai pencerahan.
Pada saat kerajaan tentera dimulakan oleh Minamoto no Yoritomo di Kamakura pada 1192, lima aliran Buddha terkenal muncul satu demi satu iaitu aliran Jodo, Shin, Rinzai Zen, Soto Zen dan Nichiren. Mereka mempunyai pegangan yang sama, disebabkan oleh asas doktrin aliran Tendai dan kemudian digabungkan dengan cara mereka.
Tuk Sami Honen dan Buddha Tanah Suci
Tuk sami Honen (1133-1212) mempelajari doktrin Tendai dengan teliti di Gunung Hiei, dan beliau kemudian tak puas hati dengan satu ajaran yang hanya mempunyai takrifan keselamatan dan juga ketinggian doktrin Tendai daripada doktrin aliran lain. Walau bagaimanapun, beliau mahu kan adalah satu kaedah yang mana kesengsaraan semua orang dapat dilegakan dan mencapai keselamatan.
Satu hari, beliau terbaca Ojoyoshu atau pun asas-asas kepada kelahiran semula oleh tuk sami Genshin yang mana dia terjumpa dengan perenggan kenyataan sami Buddha China berbunyi: "dengan hanya menyebut Amitabha Buddha dengan seikhlas hati, sama ada berjalan atau berdiri sahaja, sama ada sambil duduk atau berbaring, inilah dia amalan yang membawa keselamatan selalu, disebabkan ia selari dengan sumpah asal sang Buddha".
Perenggan ini lah yang ingin ditemui oleh tuk sami Honen. Beliau tak pula menafikan kesahihan ajaran-ajaran yang lain dan juga kaedah dalam aliran lain. Tapi beliau berkeyakinan bahawa amalan berzikir menyebut nama Amitabha Buddha secara berterusan merupakan cara untuk nya dan orang lain yang memerlukan kelegaan daripada kesengsaraan dan usia tua bangka, sebab ia tak perlu kepada upacara-upacara panjang atau falsafah rumit, tapi hanya nembutsu atau namo amitabha buddha yang mampu diperbuat oleh semua orang di mana-mana pun.
Tentangan kepada Buddha Tanah Suci
Pada 1175, tuk sami Honen memulakan aliran Jodo atau Tanah Suci yang bebas berdasarkan kepada tiga pustaka iaitu Muryojukyo (Sukhavativyuha Sutra Besar), Amidakyo (Sukhavativyuha Sutra Kecil) dan Kan Muryojukyo (Amitayurdhyana Sutra).
Beliau menulis kitab Senchakuhongan Nembutsu Shu atau pun karangan terpilih dari nembutsu dalam sumpah asal bagi mempertahan pegangannya terhadap aliran-aliran ortodoks Buddha dan menyebarkan ajaran nembutsu atau zikir Namo Amitabha Buddha kepada orang awam.
Walau bagaimanapun, populariti meingkatnya itu disertai juga dengan tentangan sengit aliran lain dan pihak kerajaan. Jadi pada 1207, ajarannya diharamkan dan dia dibuang negeri ke Pulau Shikoku bersama beberapa orang pengikutnya. Kemudian beliau dibenar pulang dan ajarannya pun diiktiraf peringkat resmi. Salah seorang pengikut Honen, tuk sami Shinran kemudian mengembangkan ajaran ini dan menubuhkan aliran Jodo Shin.
Aliran Buddha Shinran dan Shinshu
Tuk sami Shinran (1173-1262) memerhatikan dengan mendalam sifat-sifat lemah manusia, dan kemudian meyakini bahawa keselamatan hanya boleh ditemui dengan penyerahan diri dan kebergantungan penuh kepada kuasa penyelamat Amitabha Buddha. Hal yang penting sekali bagi tuk sami Shinran bukan lagi Amitabha Buddha sebagai tumpuan sembahan dan puja, sebaliknya Namo Amitabha Buddha. Amitabha sebagai upaya boleh dibahankan, tapi tidak Namo Amitabha Buddha, kerana hubungan antara subjek dan objek yang sebenarnya, dan ia bukan sesuatu yang statik macam tu sahaja. Sebaliknya adalah satu peristiwa yang dinamik. Beliau meninggalkan terus prinsip-prinsip Theravada dan Mahayana yang dimestikan ke atas semua sami Buddha masa itu. Sebaliknya juga, beliau berkahwin dan memanggil dirinya sebagai seorang yang paling jahat dalam dunia. Beliau mahu dikenali sebagai orang awam biasa sahaja dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya yang teruk itu dan menambak jalan bagi melegakan kesengsaraan orang lain.
Pengenalan kepada Rinzai Zen
Aliran Zen atau Dhyana mula diperkenal di Jepun oleh tuk sami Eisai dan diperkukuh kedudukannya oleh tuk sami Dogen. Tuk sami Eisai (1141-1215) mempelajari doktrin Tendai di gunung Hiei lalu pergi ke empayar China dan mendapati bahawa aliran Tendai di empayar China sudah kurang popular dan pembelajaran aliran Dhyana pula sedang popular.
Jadi dia mempelajari aliran Dhyana dan membawanya pulang ke Jepun bersama dengan teks-teks seperti:
1. Linchi Lu atau pun Rinzai Roku.
2. Piyen Lu atau Hekigan Roku.
3. Huaianguo Yu atau Kaian Kokugo.
Tiba di Jepun, dia menubuhkan aliran Rinzai berdasarkan ajaran tuk guru Linchi tentang Dhyana. Buddha Dhyana mengajarkan bahawa tak ada sesuatu apa pun kecuali kebergantungan terhadap jati diri sebenar. Setiap makhluk itu ada sifat Buddha dan berpotensi mendapat pencerahan tetapi mereka kabur disebabkan oleh khayalan mereka. Matlamat aliran ini adalah untuk menghapuskan semua khayalan dan semua benda-benda palsu dan melihat terus ke dalam sifat paling dalam sesuatu makhluk itu. Dalam usaha membangkitkan kesedaran diri dan mencapai pemahaman naluri dalam hidup, aliran ini menekankan kepada yogacara dan pengajian koan. Koan ini sejenis alat pedagogi yang umumnya diberikan dalam bentuk persoalan atau masalah. Contohnya macam "apakah muka sebenar kamu sebelum kami dilahirkan ibu kamu?" Atau pun "apabila bangkai kamu akan dibakar dan abunya dikecar ke angin, di mana kah kamu?" Persoalan ghaib sebegini mestilah dijawab serta merta tanpa melalui sebarang proses sebab-sebab logik. Pada pandangan guru aliran ini, dhyana ini sejenis cara hidup dan bukannya latihan falsafah. Ajaran ini sangat disukai oleh kelompok askar dan tentera utamanya keluarga Hojo di Kamakura dan kerajaan membantu pembinaan biara-biara dan kuil untuk tuk sami Eisai dan pelajarnya mengembangkan ajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan