Tokyo Fashion |
Pengajian moden mengenai estetika Jepun dalam masyarakat Barat hanya bermula tak lama lepas 200 tahun lalu. Estetika ini merupakan satu rentetan yang memasukkan nilai-nilai seperti:
- Wabi, kecantikan halus dan kasar
- Sabi, kecantikan semulajadi dan yang berusia
- Yugen, kehalusan dan keindahan halus
Ideal ini dan lain-lain banyak mewarnai kebudayaan dan norma-norma estetika Jepun tentang pekara yang dianggap sebagai bercitarasa atau cantik pada mata Jepun. Jadi, di samping ia dilihat sebagai satu falsafah dalam masyarakat Barat, konsep estetika di Jepun ini pun dilihat sebagai satu bahagian tejalin dalam kehidupan harian. Estetika Jepun kini merangkumi kebanyakan ciri ideal; setengahnya adalah yang tradisional, setengahnya adalah moden dan setengahnya dipengaruhi kadangkala oleh budaya luar.
Shinto-Buddha
Kebudayaan Shinto dianggap sebagai kepala kepada kebudayaan Jepun. Dengan penekanan kepada keseluruhan alam semulajadi dan sifat-sifat dalam tatasusila, dan perayaan yang melibatkan pemandangan semulajadi, ia memberikan tona warna bagi citra kejepunan atau estetika Jepun.
Tak dapat dinafikan juga, ciri-ciri ideal estetika Jepun kuat dipengaruhi oleh ajaran Buddha di Jepun. Dalam tradisi Buddha, segala benda dianggap sama ada sebagai berubah-ubah daripada sesuatu menjadi sesuatu atau mencair lalu hilang menjadi kosong. "Kekosongan" ini bukanlah ruangan kosong. Sebaliknya ruangan potensi. Jika lautan samudera mewakili potensi maka setiap benda itu bagaikan ombak yang terbit darinya dan kembali kepadanya.
Tak pernah ada ombak yang senantiasa bergelora dalam satu bentuk gelombang sahaja. Tak pernah ada ombak yang sempuna. Tak pernah ada ombak sempuna, walaupun ketika ia sedang menggulung pada kemuncak. Alam semulajadi dilihat sebagai dinamik pada keseluruhan dan bolehlah dikagumi serta dihargai. Penghargaan tehadap alam semulajadi ini mendasar sekali dalam kebanyakan ciri ideal estetika Jepun. Menonjol dalam kesenian dan unsu kebudayaan mereka. Dalam keadaan ini, kata "kesenian" atau yang setara pada konsepnya itu agak berbeza pula dengan tradisi Barat.
Wabi-Sabi
Wabi dan Sabi merujuk kepada pendekatan berkesedaran dalam kehidupan seharian. Menjelang waktu yang lama, maksudnya bertindihan dan bertembung sehingga disatukan menjadi satu perkataan. Estetika ditakrifkan sebagai perkara "tidak sempurna, tidak kekal dan tidak lengkap". Benda-benda dalam kelopak, atau benda boleh reput, sepertinya lebih menyerlah berbanding benda yang berkembang penuh kerana ia menunjukkan bahawa semua itu sementara saja.
Semua benda itu, datang dan pergi, semua itu dianggap indah. Menurut konsep ini, kecantikan itu merupakan tahap kesedaran terpinda dan boleh dilihat secara biasa dan ringkas. Petanda fitrah itu, boleh jadi sangat halus sehingga memerlukan minda yang sunyi dan mata terlatih untuk menelitinya.
Tujuh prinsip estetika dalam falsafah Zen untuk mencapai Wabi-Sabi:

- Fukinsei, asimetri dan ketidakbiasaan.
- Kanso, ringkas.
- Koko, asas dan terdedah ke angin.
- Shizen, tanpa perlu pura-pura dan bersahaja.
- Yugen, kesopanan halus yang jelas dan tidak kelihatan.
- Datsuzoku, tidak terikat dengan cara kebiasaan dan bebas.
- Seijaku, ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan