Khamis, 18 Ogos 2011

Kisah Perang Jepun di Tanah Melayu


Kapal terbang tentera Jepun A6M Zero lepas mendarat di Kota Bharu, Kesultanan Kelantan.

Jepun mendarat sangat lah pantas di Tanah Melayu. Mereka berkonvoi dari Saigon di tanah jajahan Perancis Indochina menuju selatan sekitar 6hb Disember 1941. Mereka mendarat di Kota Bharu di kesultanan Kelantan pada 8hb Disember 1941. Dalam masa tiga hari sahaja mereka berjaya mengatasi khabar angin bahawa tentera British yang unggul di Timur Jauh kerana mereka cuma mengambil masa 69 hari untuk tiba di pangkalan British di Singapura. Pada 15hb Februari 1942, British mula menyerah kalah kepada Jepun.

6hb Disember 1941

Pegawai Tentera Laut Amerika Serikat yang membawa perutusan penting masuk ke persidangan di Manila di Filipina antaranya macam Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Serikat dan Laksamana Sir Thomas Phillips, pemerintah Tentera Laut British di Timur Jauh.

Sebuah kapal terbang peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpengkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terserempak dengan konvoi askar Jepun yang berlepas dari Saigon di Indochina Perancis. Komander kapal terbang itu, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan bahawa hanya tiga buah kapal belayar, diikuti dengan 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa. Ramshaw ada sedikit kesilapan dalam laporan mengenai penjajap berat sebagai kapal tempur. Pada pandangannya, kapal-kapal itu sedang menuju ke arah Thailand yang berkecuali atau ke Tanah Melayu.

Ini menjadi isyarat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Serikat di Balikpapan di Sumatera menerima arahan agar belayar ke lautan lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E. F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintahkan HMS Repulse membatalkan pelayarannya ke Darwin di Australia serta kembali segera ke Singapura. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Kapal terbang British diperintah supaya melakukan lebih banyak penerbangan tinjauan lanjut. Namun pihak Jepun nasibnya baik kerana hari itu cuaca buruk menghalang kapal terbang British berlepas. Pada jam 7 petang, angkatan Jepun berubah arah dan belayar ke utara menuju Teluk Siam.


Leftenen Jeneral ke-25, Yamashita Tomoyuki

7 Disember 1941

Pasukan penyerang utama Jepun bagi usaha penjajahan Tanah Melayu, Tentera Batalion ke-25 pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita belayar dari Pelabuhan Samah di Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi di Saigon. Pada 6-7 Disember, kapal terbang Lockheed Hudson diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, Kota Bharu dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal Jepun itu.

Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi korban Pihak Berikat pertama dalam peperangan menentangi Empayar Jepun. Pada pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir bermula.

8 Disember 1941

Pada pukul 10.30 petang, persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara Sir Robert Brroke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador untuk menakluki Thailand Utara. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap, ini akan mencetuskan perang dengan Thailand.

Sebaliknya, jika beliau terbukti benar, tentera Thailand masih mungkin menentang kemaraan tentera British, dan persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal India di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awajisan Maru, Ayatosan Maru, dan Sakura Maru berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan China. Tentera tersebut terdiri daripada:

  • Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru)
  • sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)
  • Rejimen Kejuruteraan Ke-12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii)
  • Divisyen Unit Isyarat Ke-18
  • satu kompeni Rejimen Pengangkutan Ke-12
  • satu kompeni Divisyen Unit Perubatan Ke-18
  • Hospital Lapangan No. 2 daripada Divisyen Unit Perubatan Ke 18.

Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringan Sendai, kapal pembinasa Ayanami, Isonami, Shikinami, dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, serta pemburu kapal selam No. 9.

Leftenen Jeneral Arthur Percival, pemerintah rejim tentera British Tanah Melayu, 1941

Beberapa saat lepas itu, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Perang Dunia ke-II di Pasifik telahsemasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi menyerang Pearl Harbor. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris.

Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9, merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras meriam katak 3.7 inci (Mejar J.B. Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil. Mereka disokong oleh Pasukan Meriam Lapangan Ke-73 daripada Rejimen Lapangan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi pemerintahan rejim tentera Jepun di Tanah Melayu. - sumber tempekan para pemalas baca buku, wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan