Bahasa Jepun dituturkan oleh lebih 130 million orang dalam dunia ini sama ada di Jepun sendiri atau di luar negara Jepun oleh orang Jepun seberang laut.
Bahasa Jepun menggunakan tiga jenis tulisan termasuk satu lagi tulisan rumi yang dipanggil sebagai romaji untuk kemudahan transkripsi. Tulisan asas bahasa Jepun ialah tulisan Hiragana dan Katakana. Tulisan yang ketiga pula ialah tulisan Kanji atau tulisan Cina. Bahasa Jepun menggunakan gabungan ketiga-tiga jenis tulisan ini untuk bahasa tulisan.
Di Malaysia, bahasa Jepun mula diperkenalkan di Malaya semasa perang dunia kedua. Waktu itu tentera Jepun masuk ke Malaya dan menyertai tentera paksi bersama dengan Itali dan Jerman. Jadi sekolah bahasa Jepun diwujudkan dan orang ramai pun berpusu-pusu lah belajar bahasa Jepun sama ada dengan minat sendiri sebab hendak pangkat bagi sebab kemudahan hidup atau sebab kena paksa.
Bahasa Jepun moden dikatakan bermula semasa era Edo sekitar abad ke-16 M. Bahasa Jepun yang piagam digunakan adalah bahasa Jepun loghat Kansai dari kawasan Kyoto. Lepas itu ibu kota Jepun berpindah ke Tokyo jadi loghat Tokyo era Edo jadi bahasa yang piagam untuk Jepun. Sejak berakhirnya sakoku atau pengucilan Jepun, banyak perkataan luar dari bahasa Eropah terserap masuk ke bahasa Jepun. Sejak akhir-akhir ini pun banyak sahaja perkataan berasaskan bahasa Inggeris terserap masuk dalam bahasa Jepun jadi wujudnya sebutan yang tak pernah ada dalam bahasa Jepun dalam bahasa Jepun moden.
Suatu ketika dahulu masa zaman pentadbiran perdana menteri Malaysia keempat iaitu T. Mahathir Muhamad, bahasa Jepun menjadi popular semula sebab adanya dasar pandang ke timur oleh pentadbiran. Budak-budak sekolah berasrama penuh dihantar ke Jepun selepas selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selain dari dihantar ke negara-negara di Barat seperti di AS, Jerman, Britain, atau Perancis. Tujuannya adalah untuk mempelajari teknologi dan nilai-nilai dari negara Jepun selain dari negara Barat.
Sekarang ini dah macam kendur sikit minat orang ramai terhadap bahasa Jepun sebab China semakin lama muncul semula di persada antarabangsa. Tapi bagi gadis-gadis peminat pelakon-pelakon berwajah 'comel' dari Jepun atau Korea, mereka tetap berminat dengan segala-galanya berbau Jepun atau Korea.
Secara peribadinya, aku tidak berminat pun dengan Jepun. Aku belajar cuma untuk melihat seronok sangatkah belajar benda ini seperti yang dihebohkan oleh puak-puak JPA dan MARA yang pĕrak macam dengan apa lagi. Kesimpulan aku, tidaklah seronok setara mana pun. Cuma budak-budak kampung mungkin terasa diri mereka begitu maju dan moden bila berhubungan dengan benda-benda Jepun ini. Istilahnya, mereka ini seperti kelompok hipster begitu.
Bagaimana pun tak salah kan kita belajar berapa banyak bahasa pun. Buat isi masa lapangnya satu, selain itu menambahkan perbendaharaan ilmu yang kita dah ada sambil menambahbaikkan lagi benda-benda sekeliling kita. Itu sajalah. Bagi budak-budak MRSM asal kampung yang terlepas kerja di Jepun itu serta suka berlagak macam bagus, suka untuk kita katakan, "hangpa toksah duk cempeğa sangatlah, cemuih aih!!!".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan