Zaman Jōmon atau 縄文時代 Jōmon Jidai adalah era prasejarah Jepun dari kira-kira 12000 SM dan di sesetengah kes pula dipetik seawal 14500 SM sehingga 300 SM. Ketika itu Jepun dihuni oleh penduduk berkebudayaan pemburu yang mencapai darjah bermasyarakat berpenempatan serta kerumitan kebudayaan tertentu.
Nama "bertanda-tali" pertama kali diguna oleh sarjana Amerika, Edward S. Morse yang menemui pecahan bahan buatan tanah liat pada 1877. Kemudian, dia menterjemahnya ke bahasa Jepun sebagai Jomon. Gaya seni tanah liat itu pada fasa awalnya dibentuk oleh tekapan tali-tali di permukaan tanah liat basah.

Kronologi
Zaman Jōmon yang sepanjang 14,000 tahun ini dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu:
- Fasa Baru Bermula
- Fasa Permulaan
- Fasa Awal
- Fasa Pertengahan
- Fasa Lewat
- Fasa Akhir
Fasa-fasa ini menjadi lebih pendek menjelang fasa seterus-seterusnya. Kebanyakan tarikh untuk perubahan fasa adalah dipersetujui secara meluas. Namun, tarikh yang diberi untuk fasa baru bermula itu masih lagi berubah-ubah dari 14,000 SM ke 10,500 SM.
Fakta bahawa seluruh zaman ini dimasukkan sekali sebagai Zaman Jōmon oleh ahli arkeologi tidak patut diambil untuk pengertian bahawa tidak wujud kepelbagaian rantau dan masa di Jepun. Jarak kronologi antara tembikar Jōmon dan yang dari fasa pertengahan itu diperkira selama jarak masa yang merentasi sehingga pembinaan Piramid Giza di Mesir dari abad ke-21.
Pentarikhan fasa-fasa kecil Zaman Jōmon itu didasarkan kepada tipologi seramik dan seterusnya pada pentarikhan radio karbon.